Pertandingan Unit Portfolio Program INTEL TEACH 2011

Baru dapat surat daripada JPN Kuala Lumpur.

Sumber : http://www.moe.gov.my/jpwpkl/index.php?option=com_content&view=article&id=267%3Apertandingan-unit-portfolio-program-intel-teach-2011&catid=56%3Apemberitahuan&lang=ms

PERTANDINGAN UNIT PORTFOLIO PROGRAM INTEL TEACH 2011

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia dan Intel akan menganjurkan Pertandingan Unit Portfolio Intel Teach Peringkat Kebangsaan 2011. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori guru terlatih (tenaga pengajar IPG, Universiti tempatan, pusat matrikulasi dan guru-guru sekolah) dan kategori guru pelatih (guru pelatih IPG dan pelajar universiti tempatan).

3. Sehubungan dengan itu, guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan adalah digalakkan untuk menyertai pertandingan ini. Segala butiran mengenai pertandingan ini boleh diperolehi di laman sesawang http://www.moe.gov.my/jpwpkl. Tarikh tutup pertandingan ialah 10 Oktober 2011.

4. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada En Yap Yee Khiong ( yyk.msia@gmail.com ) atau 012-6390536/012-6810536.

5. Segala kerjasama dan perhatian dari Y. Bhg. Datin/tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Maklumat Pertandingan:

Intel Teach UP Contest 2011v5 Kertas Kerja
kursus intel overview
Intel Teach UP Contest 2011v5 Kertas Kerja

 

Link-link berkaitan :

http://educate.intel.com/my/projectdesign/
http://anyconnection.com/intelteach/
http://www.intel.com/cd/corporate/education/apac/eng/my/teach/265468.htm

About Cikgu Adura

Teach chemistry | Mengajar Kimia @ SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
This entry was posted in rekacipta. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s