Pemilihan guru cemerlang dilakukan secara profesional

2010/07/28
KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada aduan Guru Lama daripada Perak dalam ruangan ini bertarikh 19 Julai lalu bertajuk ‘Nazir wajar pantau guru cemerlang percuma’.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah bahagian di Kementerian Pelajaran yang diberi mandat mentadbir urus segala hal pemilihan dan penilaian calon guru cemerlang. Tugas ini adalah selaras dengan fungsi JNJK iaitu sebagai bahagian yang bertanggungjawab bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Dakwaan Guru Lama bahawa proses penilaian guru cemerlang pada tahun lalu hanya berdasarkan borang semata-mata serta sokongan pengetua tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak adalah tidak benar.

Setiap borang permohonan yang dikemukakan kepada JNJK akan melalui dua proses saringan. Semua borang permohonan juga akan disemak secara teliti oleh Jawatankuasa Penilaian Guru Cemerlang bagi memastikan calon memenuhi syarat umum dan syarat khusus.

Jawatankuasa ini juga mengambil kira Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut serta sumbangan dan aspirasi calon yang dihuraikan dalam bentuk esei.

Hanya permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi skor markah yang ditetapkan saja akan melalui proses penilaian yang kedua
Calon yang melepasi proses penilaian pertama dan kedua akan dipertimbang untuk diperaku.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

About Cikgu Adura

Teach chemistry | Mengajar Kimia @ SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
This entry was posted in Guru, Guru Cemerlang. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s