Nazir wajar pantau ‘guru cemerlang percuma’

Nazir wajar pantau ‘guru cemerlang percuma’
Berita Harian : 19.07. 2010

SAYA ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak nazir mengenai pemilihan guru cemerlang. Sejak beberapa tahun ini ada pelbagai versi pemilihan. Sebelum ini proses pemilihan guru cemerlang dipantau nazir dari Kementerian Pelajaran dari segi pengajaran di dalam kelas, temu duga pelajar dan rakan sejawat serta melihat dokumentasi. Bagaimanapun, setahun lalu, proses pemilihan guru cemerlang hanya berdasarkan borang semata-mata serta sokongan pengetua, tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak.

Saya berpendapat ada guru yang mengisi permohonan kerana disuruh pengetua, walhal mereka tidak menyediakan dokumentasi yang diperlukan. Sampai ketikanya mereka menerima surat menyandang guru cemerlang. Ada yang memohon guru cemerlang, tidak pun berpeluang dipantau walaupun sudah bersedia dengan dokumentasi dan persediaan yang rapi.

Penyediaan fail dokumentasi ini, bukan mengambil masa sehari dua, kami menyediakan fail sejak tiga tahun lalu.
Bagi calon guru cemerlang yang dipantau nazir pula, nazir bukan hanya melihat dokumentasi yang disediakan malah bertanyakan isu berkaitan pendidikan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), pengurusan stok, pelan kecemasan, pekeliling, teknik pedagogi serta apa saja topik atau isu yang terlintas di kepala mereka.

Ini tidak adil bagi mereka yang mendapatkan guru cemerlang secara ‘percuma’. Jangan pula disebabkan ingin memenuhkan kuota, jalan mudah dipilih bagi mengisi kekosongan berkenaan dengan mengetepikan calon benar-benar layak dan berkualiti. Saya meminta ‘guru cemerlang’ ini dipantau nazir sebelum disahkan layak menggalas gelaran itu.

GURU LAMA,
Perak.

About Cikgu Adura

Teach chemistry | Mengajar Kimia @ SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
This entry was posted in Guru, Guru Cemerlang. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s